Monday, July 7, 2008

Hari Ini Milik Anda

Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempetan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya. Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.
Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini saja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga..
Dengan demikian, hidup anda pada hari ini akan penuh kebahagiaan, merasa aman dan tenteram, serta menerima rezeki isteri, suami, anak-anak, tugs-tugas, tempat tinggal dan ilmu pengetahuan dengan tangan terbuka dan rasa bersyukur.
Allah S.W.T berfirman yg bermaksud :”Terimalah semua yang telah allah berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang2 yang bersyukur”.( Al-A’raf: 144 )

No comments: