Monday, July 7, 2008

Masa Depan Akan Datang Dengan Sendirinya

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :”Sesuatu yang telah ditentukan oleh allah pasti akan datang, maka janganlah kalian minta untuk disegarakan”.(An-Nahl: ayat1)
Oleh kerana itu, janganlah anda mendahului sesuatu yang belum terjadi! Apakah anda mahu mengeluarkan kandungan sebelum waktunya dilahirkan, atau memetik buah-buahan sebelum masak? Hari esok adalah sesuatu yang belum nyata dan dapat diraba; belum berwujud, dan tidak memiliki rasa dan warna. Lalu, mengapa kita harus menyibukkan diri dengan hari esok. Jadi biarkan hari esok datang dengan sendirinya; janganlah anda menanyakan khabar beritanya, dan janganlah pula anda menunggu waktu itu.

No comments: